'/>

12 laporan polis Seluruh Sarawak berhubung Isu Page Sir Azri

KUCHING: Sehingga jam 4 petang tadi, Polis Diraja Malaysia telah menerima 12 laporan berkaitan muat naik status facebook berkaitan PapaGomo, yang dikatakan mengandungi unsur hasutan di seluruh negeri Sarawak.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima tiga laporan di Bintulu, dua laporan di Kota Samarahan, dua laporan di Santubong dan masing-masing satu laporan di Lundu, Sibu, Batu Kawa, Belaga dan Bintangor.

Laporan dibuat setelah blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Derus menerusi akaun facebook dengan nama Sir Azri membuat kenyataan berbaur hasutan, rentetan pertikaian pendapat di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY